Kerana Anwar PAS berpecah

Walaupun pemimpin PAS menafikan yang mereka berpecah di dalam isu membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Anwar, namun kalau kita melayari blog-blog pemimpin utama mereka samada yang rasmi ataupun yang tidak rasmi(menggunakan nama samaran) seperti Khalid Samad, Husam Musa, Malaysian Waves, Anti-Husam, dapat dilihat bahawa mereka sebenarnya berpecah teruk, bukan sekadar berbeza pendapat seperti yang dikatakan.

Jelas terdapat dua kelompok utama, pertama yang diketuai oleh Husam Musa, Naib Presiden PAS menyokong pembentukan kerajaan PR manakala kelompok yang lain ditaja oleh Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu.Apa yang memburukkan lagi keadaan, dua pemimpin utama mereka iaitu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Hadi turut diheret ke dalam polemik ini.Nik Aziz dikatakan menyebelahi kumpulan Husam manakala Haji Hadi menyokong kumpulan Mustafa Ali.

Punca kepada pertikaian mereka adalah : “Adakah PAS perlu menyertai kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tajaan Anwar Ibrahim sekiranya majoriti Ahli Parlimen di dalam Pakatan tersebut di dominasi oleh MP bukan Islam?”

Menurut pendapat kumpulan Husam, PAS mesti menyertai kerajaan tersebut kerana Kerajaan tersebut bercita-cita untuk menubuhkan kerajaan yang lebih Adil dan Saksama tanpa mengira kaum dimana cita-cita tersebut selari dengan menifesto PAS yang memberikan penumpuan kepada negara Kebajikan.Manakala kumpulan Mustafa Ali pula berpendapat, PAS mesti menarik diri dari kerajaan tersebut kerana ia adalah kerajaan sekular sama seperti kerajaan BN dan sudah semestinya cita-cita asal PAS untuk menegakkan negara Islam tidak akan tercapai.Untuk itu, menurut kelompok ini, adalah mudah untuk PAS mencapai cita-cita negara Islam mereka dengan berkerjasama dengan BN/UMNO di dalam membentuk kerajaan.

Krisis ini diburukkan lagi dengan kritikan Pedas Nik Aziz di dalam akhbar Harakah yang menghentam Mustafa Ali.Malah menurut wartawan Harakah, edisi penuh kritikan tersebut telah disunting oleh editor harakah.Walaubagaimanapun, teks penuh kritikan tersebut telah di terbitkan di internet.

Tidak cukup dengan itu,khabar angin menyatakan Anwar Ibrahim telah diperkenankan mengadap Yang di-Pertuan Agong semalam 23-September 2008 untuk membincangkan pembentukan kerajaan persekutuan yang baru. Agong diberitakan meminta ke tiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Anwar, Lim Guan Eng dan Haji Hadi menghadap baginda.Walaubagaimanapun Haji Hadi telah menolak untuk menyertai rombongan menghadap di atas alasan yang sama iaitu kerajaan yang hendak dibentuk tidak mempunyai ahli parlimen melayu/muslim yang mencukupi.Beberapa pemimpin utama PAS seperti Mahfudz Omar, Khalid Samad, Husam Musa, Salehuddin Ayub dan ramai lagi telah bermesyuarat dengan beliau sehingga lewat pagi untuk memujuk beliau supaya menyertai rombongan tersebut, tetapi beliau tetap enggan.Ini memaksa Anwar berlepas ke Kota Bharu pada pagi 23-September untuk mengadakan pertemuan 6 mata dengan Haji Hadi dan Nik Aziz.

Agak jelas di sini bahawa halangan utama PR untuk membentuk kerajaan bukanlah dari BN, tetapi dari dalam PR sendiri…. wallahuaklam bissawab

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s