Apabila Ketua Penerangan PKR Berbohong

Semua orang kembali bersemangat pasal pertukaran kerajaan persekutuan dari BN ke PR. Ini kerana Ketua Penerangan PKR, Tian Chua yang juga MP bagi kawasan Batu mengumumkan terdapat siri rundingan di antara orang-orang Abdullah dan orang-orang Anwar. Menurutnya lagi beberapa mesyuarat tidak rasmi telah dijalankan pada hujung minggu lepas.

Pak Lah pula apabila ditanya mengenai perkara tersebut sudah tentu menyanggah berita tersebut dengan menyatakan itu adalah berita “paling gila” yang pernah beliau dengar.Jawapan beliau dapat difahami kerana beliau dalam keadaan terdesak kerana diasak dari dalam dan luar, dan beliau juga terkenal dengan sikap “flip-flop” nya.

Yang paling mengejutkan, Anwar Ibrahim yang ditanya persoalan yang sama selepas sesi mahkamah beliau semalam, turut menyatakan yang beliau tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, dan beliau buat pertama kalinya bersetuju dengan Pak Lah. Anwar menyifatkan kenyataan Tian Chua adalah tidak benar dan disalah tafsir.Dalam erti kata lain beliau mengatakan Tian Chua BERBOHONG.

Tok Gajah – Alahai…Nampaknya PKR dan UMNO/BN ni tak ada banyak beza.Sebab semua dari kilang yang sama kot?

One response to “Apabila Ketua Penerangan PKR Berbohong

  1. Terkadang cakap2 orang politik sama ada spekulasi, ramalan, target atau rencana saya lebih setuju mengatakan itu adalah tektik dan muslihat yang tersirat bukannya pembohongan. Nama lagi org politik @ poly tactic.
    Yg ketara bohongnya ialah misalnya nak turunkan harga minyak mengikut penurunan harga global, tapi hingga kini tidak berlaku. sposen tu ada le… Paklah lebih banyak buat pembohongan akhir2 ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s