Sindrom Penafian Melanda PKR,PAS dan UMNO

Mutakhir ini Ahli Politik tempatan semakin giat menyatakan bahawa UMNO sedang dilanda sindrom penafian yang amat teruk selepas kekalahan teruk mereka di dalam PRU12.Yang lantang mengatakan perkara tersebut sudah tentu dari kalangan Pakatan Rakyat iaitu PAS,DAP dan PKR. Kalau kita teliti betul-betul, bukan sahaja UMNO mengalami sindrom tersebut, PAS dan PKR juga telah dijangkiti virus tersebut. Cuba kita amati kejadian berikut :

1. PAS – Pemimpin PAS terutamanya Haji Hadi menafikan  bahawa PAS ada berunding dengan UMNO/BN di dalam menjalin kerjasama politik pasca PRU12. Tup-tup Pak Lah pecah tembelang mengatakan bahawa beliau ada bertemu dengan pemimpin atasan PAS selepas PRU12 dalam bentuk muzakarrah.Seluruh rakyat khasnya penyokong PR jadi keliru tak tentu hala dengan hal tersebut.

2. PAS – Mereka juga menyatakan bahawa mereka sepanjang masa bersama PR, akan tetapi dalam minggu ini dimana Anwar, Lim Kit Siang dan Haji Hadi dijadualkan mengadap Agong, tup-tup Haji Hadi tak bersetuju. sampai Anwar terpaksa pergi ke Kelantan untuk berunding lagi dengan Nik Aziz dan Haji Hadi.Manakala pemimpin-pemimpin PAS bergaduh sakan di alam internet.Blog-blog seperti Malaysian Waves, Anti Husam, Khalid Samad membicarakan perbalahan mereka secara terbuka.

3. PKR – “We Are ON Track” Kalimat keramat pemimpin PKR walaupun selepas 16hb September, berkaitan dengan pembentukan kerajaan baru.Adakah mereka tidak sedar bahawa “We Are already OFF Track”?.Mengapa nafikan? Kita mesti menghadapi kenyataan dengan hati yang terbuka.Rakyat boleh maafkan kalau kita beri sebab yang munasabah kenapa kita OFF track.

So, Ada beza ke antara BN, PAS & PKR ni ? Million dollar question again

One response to “Sindrom Penafian Melanda PKR,PAS dan UMNO

  1. Betul ke orang kata politik itu satu permainan?
    Main politik? A game?

    Yang benarnya ialah Allah kata DUNIA ini adalah barangan tipudaya (mata’ul ghurur), la’ibun (permainan) dan lahwun (melalaikan).

    Jadi sudah pasti selaku permainan ada awal ada akhirnya, ada tektik ada cederanya, ada menang ada kalahnya dan ada untung ada ruginya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s