Kemana Halatuju Pak Lah Dan Anwar ?

September sudah berlalu,Nyata Ramadan yang kita lalui tahun ini sangat berbeza dengan Ramadan yang lepas.Selain daripada harga barang yang melambung tinggi. suhu politik juga melambung tinggi sepanjang bulan Ramadan yang lepas.Kalau di tahun-tahun yang sebelumnya malam-malam Ramadan terutamanya 10 yang terakhir dipenuhi dengan Majlis Qiamullail sampai ke sahur ,tetapi tahun ini ia dipenuhi dengan Majlis Perancangan Strategi Politik juga sampai ke sahur.

Pak Lah diberitakan mengimami majlis Qiamullail dikediamannya yang disertai oleh sekutu rapatnya beserta anak menantu.Majlis diakhiri dengan membuat ketetapan Politik dimana beliau tekad untuk mempertahankan jawatan Presiden UMNO.Walaubagaimanapun tekad beliau nampaknya telah hilang ditiup angin apabila hampir semua Majlis Pengurusan UMNO yang dianggotai ole Najib,Rafidah dan Muhyiddin mahu beliau mengundur diri.Agak jelas sekarang selepas Hari Raya ini beliau akan membuat keputusan baru iaitu untuk BERUNDUR dengan memberi laluan kepada NAJIB untuk mengambil alih.Akan tetapi tempoh peralihan kuasa sampai Mac 2009 dilihat masih terlalu panjang dalam Politik. Mampukah Najib mengharungi tempoh 6 bulan tersebut, sama-sama kita tunggu. Jadi, Halatuju Pak Lah telah jelas, iaitu BERSARA WAJIB.Beliau dijangka akan membuat pengumuman pada mesyuarat kabinet Rabu ini 8 Oktober sehari sebelum persidangang UMNO Bahagian.

Beralih kepada ANWAR IBRAHIM, pada akhir Ramadan dan juga pada Hari Raya beliau nampaknya agak low profile.Apakah beliau bersikap sedemikian sebagai menghormati hari-hari terakhir bulan ramadan dengan memenuhi hari-hari tersebut dengan amalan khusus ? Ini adalah kemungkinan yang pasti memandangkan beliau merupakan seorang yang agak warak. Ataukah beliau sedang mengaturkan strategi politik secara diam-diam? Dengar cerita beliau menghabiskan cuti hari raya beliau di Janda Baik Pahang.Mungkinkah beliau bercuti sambil merancang?Juga besar kemungkinan beliau sudah mengaku kalah dan akur dengan posisi beliau sebagai Ketua Pembangkang?

Kesimpulannya, Halatuju Pak Lah semakin jelas, manakala untuk Anwar jalanya masih kabur….Mungkinkah Oktober ini akan meleraikan segala persoalaan? Sama-sama ita tunggu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s