PKR melengah-lengahkan tindakan terhadap Zul Hassan

Secara tidak semena-mena, nama  Zul Hassan menjadi popular seluruh Malaysia. Beliau yang tidak langsung dikenali sebelum ini meletup namanya akibat kenyataan beliau yang mengaku mengadakan hubungan seks dengan wanita Cina dan menganggapnya sebagai ‘sedekah’ .Jelas sekali perbuatan dan kenyataan beliau adalah salah, sudah tentu akan dimanipulasi oleh akhbar-akhbar pro-BN. Akan tetapi yang menjadi persoalan di sini, kenapa PKR berdiam diri di dalam isu ini. Setakat ini, hanya Presiden Parti, Dato’ Seri Wan Azizah yang mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan Kerajaan Perak yang memecat Zul Hassan dari jawatan beliau sebagai Ahli Majlis Daerah Perak Tengah.Bagaimana dengan pemimpin-pemimpin lain? Dato’ Seri Anwar Ibrahim diam ? Syed Husin diam ? Azmin Ali diam ? semuanya membisu. Kalau perkara ini dilakukan oleh ahli-ahli UMNO sudah tentu mereka ini akan berkokok sakan? tetapi bila ahli sendiri yang buat salah kenapa diam seribu bahasa?

Nampak sangat PKR dan UMNO tidak ada yang berbeza, perlu dilakukan sesuatu sebelum menjadi lagi parah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s