Rosli Ibrahim Songlap Duit Kempen PRK Permatang Pauh ?

Terdapat khabar angin yang sedang bertiup di dalam PKR bahawa adik kepada Anwar Ibrahim yang diamanahkan untuk mengagih-agihkan duit kepada jentera parti semasa PRK Permatang Pauh telah melesapkan duit tersebut.Jumlah yang terlibat dikatakan sekitar RM400,000. Banyak duit tu, patut lah jentera parti tidak ada duit, sudah kena songlap dengan Adik Anwar Ibrahim.Jentera kesian, satu cawangan daerah mengundi diberitakan hanya mendapat RM300. Setiap negeri pula dapat tak sampai RM5000.Rosli Ibrahim yang dulu kecoh pasal jawatan dalam Agensi Negeri Selangor sedap-sedap belasah duit dekat setengah juta…..Sapa nak jawab ni

Anwar Buat Lagi ..Melepaskan Dirinya Sendiri

Jelas nampak Anwar Ibrahim mengulangi sikapnya sepertimana ketika beliau melawan Allahyarham Tun Ghafar Baba untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO yang di tahun 90-an.Pada ketika itu setelah Anwar mendapati beliau telah menang dan Tun Ghaffar menarik diri, beliau telah membiarkan rakan-rakan di dalam Team Wawasan beliau berhempas pulas untuk memenangi jawatan yang mereka tandingi.

Nampaknya selepas PRU12 dan juga PRK Permatang Pauh, Anwar dengan selambanya mengatakan bahawa “Government Takeover is no longer a Priority for Now”. Apa ni Pak Sheikh ? Masa dalam bulan puasa mati-mati nak buat undi tak percaya…..lepas raya kata terbalik pula…betul-betul tidak boleh dipercayai.Alasan Ekonomi yang beliau nyatakan memang tidak boleh dipakai, sebabnya sebelum ini beliau bertegas untuk mengambil alih pemerintahan negara sebab BN tidak mampu mengurus ekonomi, alih-alih sekarang kata nak bekerjasama dengan BN untuk mengukuhkan ekonomi…haprakkkkkk

 

SO to everyone…Adakah Anda Mahu Mempercayai manusia bernama ANWAR IBRAHIM ini lagi ? Tok Gajah tidak…RPK juga tidak rasanya.

Najib : Antara Kebolehan dan Keboleh Percayaan

Nampaknya kemelut yang melanda di dalam UMNO terutamanya untuk jawatan Presiden sudah selesai.Pemenangnya adalah Dato’ Seri Najib Tun Razak (buat setakat ini).Beliau akan ditabalkan selewat-lewatnya Mac 2009.Persoalannya adakah beliau mempunyai kebolehan dan juga kebolehpercayaan untuk mentadbir negara Malaysia kita ini?

Melihat kepada rekod-rekod yang lampau semasa Najib menjawat beberapa jawatan yang penting seperti Menteri Besar Pahang,Menteri Pendidikan dan juga Menteri Pertahanan, kelihatan beliau tidak mempunyai pencapaian yang begitu ‘excellent’.Melainkan beberapa initiatif beliau terhadap skim gaji guru-guru dan juga Anggota Tentera, tidak terdapat reformasi yang besar yang telah beliau lakukan kepada Kementerian yang pernah beliau terajui.Walaupun begitu, tidak juga terdapat rekod-rekod yang begitu buruk berlaku semasa beliau menerajui kementerian tersebut, oleh itu to give him benefit of the doubts, agakya Najib mempunyai kebolehan untuk menerajui negara ini.

Bagaimana dengan Kebolehpercayaan? Bab yang ini amat sukar untuk dibuktikan.Melihat kepada beberapa insiden yang telah berlaku semasa beliau menjawat jawatan Menteri Pertahanan, kebolehpercayaan terhadap Najib berada pada tahap negatif.Semua orang sudah tahu pasal insidet Sukhoi dan Scorpene,C4 keatas Altantuya, Kehilangan daftar Masuk Altantuya dari rekod imigresen, visa masuk Altantuya dari Paris ke Malaysia yang diuruskan oleh VIP, tabiat boros isterinya Rosmah Mansur.Dalam tempoh sekarang sampai Mac 2009, kita mungkin akan dihiburkan oleh berbagai drama yang menarik apabila cerita-cerita ini ditayangkan kepada umum…tunggu…

Kes Liwat II Anwar Ibrahim : Keputusan Hakim Memihak Kepada Anwar

Berita Terkini : Hakim Mahkamah Rendah, S. Komathy Suppiah memutuskan bahawa kes liwat yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat pembantunya Saiful Bukhary tetap akan didengar di mahkamah rendah tanpa perlu dibawa ke mahkamah tinggi. Keputusan ini dilihat sebagai kejayaan moral yang pertama kepada Dato Seri Anwar Ibrahim

Akibat Terlalu Taksub Kepada Anwar

Terkejut Apabila membaca laporan Malaysia Kini hari ini dimana Replika Anwar Ibrahim telah ditegakkan di Batu Caves. Walaupun ianya dalam bentuk Papan Lapis dan tidak berbentuk Patung 3 dimensi, ia masih menjurus kepada penyembahan berhala.Yang nyata replika ini dibangunkan oleh ahli PKR Batu Caves yang ditaja oleh ADUN Batu Caves sendiri iaitu YB Amiruddin Saari.

Walaupun ditegur oleh mufti Perlis, Ustaz Muhammad Asri, YB Batu Caves tetap bertegas untuk tidak menurunkan replika tersebut dengan alasan larangan terhadap perkara tersebut adalah khilaf ulamak semata-mata.Siapakah beliau untuk menyanggah mufti ? adakah beliau merasakan diri beliau berada di atas ulamak tersebut dari segi pengetahuan ugama. Ataupun beliau memang sekadar keras kepala untuk menegakkan pendapat beliau yang nyata salah.

P/S : Tok Gajah berasa amat risau tentang perkara ini. Adakah gejala seperti Al-Arqam yang menyanjungi Ustaz Ashaari secara berlebih-lebihan akan berlaku lagi di Malaysia.Harapnya tidak.Kepada YB Amiruddin, waspada terhadap perbuatan kita, jangan sampai tergelincir akidah kita.Sepatutnya tak jadi masalah untuk mengikut kata ulamak yang sekadar menasihatkan kita

Anwar Ke Mahkamah Lagi Esok

Terbaca posting berikut di laman blog Anwar Ibrahim :

Sila hadir beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim esok 7hb Oktober 2008.

Tempat: Kompleks Mahkamah Jalan Duta (Mahkamah Sesyen)
Masa: 9.30 am
Tarikh: Hari Rabu 7hb Oktober 2008

Again, every time Anwar Ibrahim facing some sort of trouble, supporters are asked to “Hadir Beramai-Ramai”.BUT when people advice him earlier that there is a MOLE planted in his office, he don’t want to listen.Just like now, his inner circle already told him that his daughter’s PA is a BAD guy and adviced him/Nurul Izzah to sack the PA, Like usual he don’t want to listen….Aparaaaa….kalau apa-apa jadi nanti…tak apa ” Hadir Beramai-Ramai” Nyatakan sokongan anda…

PKR melengah-lengahkan tindakan terhadap Zul Hassan

Secara tidak semena-mena, nama  Zul Hassan menjadi popular seluruh Malaysia. Beliau yang tidak langsung dikenali sebelum ini meletup namanya akibat kenyataan beliau yang mengaku mengadakan hubungan seks dengan wanita Cina dan menganggapnya sebagai ‘sedekah’ .Jelas sekali perbuatan dan kenyataan beliau adalah salah, sudah tentu akan dimanipulasi oleh akhbar-akhbar pro-BN. Akan tetapi yang menjadi persoalan di sini, kenapa PKR berdiam diri di dalam isu ini. Setakat ini, hanya Presiden Parti, Dato’ Seri Wan Azizah yang mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan Kerajaan Perak yang memecat Zul Hassan dari jawatan beliau sebagai Ahli Majlis Daerah Perak Tengah.Bagaimana dengan pemimpin-pemimpin lain? Dato’ Seri Anwar Ibrahim diam ? Syed Husin diam ? Azmin Ali diam ? semuanya membisu. Kalau perkara ini dilakukan oleh ahli-ahli UMNO sudah tentu mereka ini akan berkokok sakan? tetapi bila ahli sendiri yang buat salah kenapa diam seribu bahasa?

Nampak sangat PKR dan UMNO tidak ada yang berbeza, perlu dilakukan sesuatu sebelum menjadi lagi parah.

Kemana Halatuju Pak Lah Dan Anwar ?

September sudah berlalu,Nyata Ramadan yang kita lalui tahun ini sangat berbeza dengan Ramadan yang lepas.Selain daripada harga barang yang melambung tinggi. suhu politik juga melambung tinggi sepanjang bulan Ramadan yang lepas.Kalau di tahun-tahun yang sebelumnya malam-malam Ramadan terutamanya 10 yang terakhir dipenuhi dengan Majlis Qiamullail sampai ke sahur ,tetapi tahun ini ia dipenuhi dengan Majlis Perancangan Strategi Politik juga sampai ke sahur.

Pak Lah diberitakan mengimami majlis Qiamullail dikediamannya yang disertai oleh sekutu rapatnya beserta anak menantu.Majlis diakhiri dengan membuat ketetapan Politik dimana beliau tekad untuk mempertahankan jawatan Presiden UMNO.Walaubagaimanapun tekad beliau nampaknya telah hilang ditiup angin apabila hampir semua Majlis Pengurusan UMNO yang dianggotai ole Najib,Rafidah dan Muhyiddin mahu beliau mengundur diri.Agak jelas sekarang selepas Hari Raya ini beliau akan membuat keputusan baru iaitu untuk BERUNDUR dengan memberi laluan kepada NAJIB untuk mengambil alih.Akan tetapi tempoh peralihan kuasa sampai Mac 2009 dilihat masih terlalu panjang dalam Politik. Mampukah Najib mengharungi tempoh 6 bulan tersebut, sama-sama kita tunggu. Jadi, Halatuju Pak Lah telah jelas, iaitu BERSARA WAJIB.Beliau dijangka akan membuat pengumuman pada mesyuarat kabinet Rabu ini 8 Oktober sehari sebelum persidangang UMNO Bahagian.

Beralih kepada ANWAR IBRAHIM, pada akhir Ramadan dan juga pada Hari Raya beliau nampaknya agak low profile.Apakah beliau bersikap sedemikian sebagai menghormati hari-hari terakhir bulan ramadan dengan memenuhi hari-hari tersebut dengan amalan khusus ? Ini adalah kemungkinan yang pasti memandangkan beliau merupakan seorang yang agak warak. Ataukah beliau sedang mengaturkan strategi politik secara diam-diam? Dengar cerita beliau menghabiskan cuti hari raya beliau di Janda Baik Pahang.Mungkinkah beliau bercuti sambil merancang?Juga besar kemungkinan beliau sudah mengaku kalah dan akur dengan posisi beliau sebagai Ketua Pembangkang?

Kesimpulannya, Halatuju Pak Lah semakin jelas, manakala untuk Anwar jalanya masih kabur….Mungkinkah Oktober ini akan meleraikan segala persoalaan? Sama-sama ita tunggu

Belated Salam Aidilfitri

Agak terlambat untuk mengucapkan salam aidilfitri kepada surfers.Cuti panjang, rehat jauh dari komputer. So tak ada posting lah. Sekarang sudah kembali,sedang mencari-cari ruang untuk membuat postings tentang perkembangan semasa terutamanya di dalam negara….

Sindrom Penafian Melanda PKR,PAS dan UMNO

Mutakhir ini Ahli Politik tempatan semakin giat menyatakan bahawa UMNO sedang dilanda sindrom penafian yang amat teruk selepas kekalahan teruk mereka di dalam PRU12.Yang lantang mengatakan perkara tersebut sudah tentu dari kalangan Pakatan Rakyat iaitu PAS,DAP dan PKR. Kalau kita teliti betul-betul, bukan sahaja UMNO mengalami sindrom tersebut, PAS dan PKR juga telah dijangkiti virus tersebut. Cuba kita amati kejadian berikut :

1. PAS – Pemimpin PAS terutamanya Haji Hadi menafikan  bahawa PAS ada berunding dengan UMNO/BN di dalam menjalin kerjasama politik pasca PRU12. Tup-tup Pak Lah pecah tembelang mengatakan bahawa beliau ada bertemu dengan pemimpin atasan PAS selepas PRU12 dalam bentuk muzakarrah.Seluruh rakyat khasnya penyokong PR jadi keliru tak tentu hala dengan hal tersebut.

2. PAS – Mereka juga menyatakan bahawa mereka sepanjang masa bersama PR, akan tetapi dalam minggu ini dimana Anwar, Lim Kit Siang dan Haji Hadi dijadualkan mengadap Agong, tup-tup Haji Hadi tak bersetuju. sampai Anwar terpaksa pergi ke Kelantan untuk berunding lagi dengan Nik Aziz dan Haji Hadi.Manakala pemimpin-pemimpin PAS bergaduh sakan di alam internet.Blog-blog seperti Malaysian Waves, Anti Husam, Khalid Samad membicarakan perbalahan mereka secara terbuka.

3. PKR – “We Are ON Track” Kalimat keramat pemimpin PKR walaupun selepas 16hb September, berkaitan dengan pembentukan kerajaan baru.Adakah mereka tidak sedar bahawa “We Are already OFF Track”?.Mengapa nafikan? Kita mesti menghadapi kenyataan dengan hati yang terbuka.Rakyat boleh maafkan kalau kita beri sebab yang munasabah kenapa kita OFF track.

So, Ada beza ke antara BN, PAS & PKR ni ? Million dollar question again